3 Apr 2012

Antonim dan Sinonim

Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata-kata yang lain. Contoh antonim adalah :
  • besar - kecil
  • tinggi - rendah
  • jauh - dekat
  • panjang - pendek
  • sejuk - panas


Sinonim ialah kata yang sama atau yang hampir sama maknanya atau seerti dengan kata-kata yang lain. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna. 
Contoh sinonim adalah :
  • cantik - indah
  • cepat - pantas
  • ejek - perli
  • betul - benar
  • pandai - bijak
Di dalam kertas UPSR, soalan berkaitan dengan antonim dan sinonim kerap ditanya dalam bahagian pemahaman.


Sila cuba latihan di bawah ini.
Sila klik di sini > latihan antonim dan sinonim