14 Mei 2013

LADAP-Pembinaan Blog

Assalammualaikum,
    Hari ini, 14 Mei 2013 telah diadakan kursus pembinaan blog.Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Fadhil  bin Ismail,bertempat di Makmal Komputer SKHWJ.Kami telah diberi penerangan yang jelas mengenai pembinaan blog.

3 Apr 2012

Antonim dan Sinonim

Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata-kata yang lain. Contoh antonim adalah :
  • besar - kecil
  • tinggi - rendah
  • jauh - dekat
  • panjang - pendek
  • sejuk - panas


Sinonim ialah kata yang sama atau yang hampir sama maknanya atau seerti dengan kata-kata yang lain. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna. 
Contoh sinonim adalah :
  • cantik - indah
  • cepat - pantas
  • ejek - perli
  • betul - benar
  • pandai - bijak
Di dalam kertas UPSR, soalan berkaitan dengan antonim dan sinonim kerap ditanya dalam bahagian pemahaman.


Sila cuba latihan di bawah ini.
Sila klik di sini > latihan antonim dan sinonim

29 Mac 2012

KATA GANTI NAMA DALAM AYAT PASIF



KATA GANTI NAMA PERTAMA

KATA GANTI NAMA KEDUA

KATA GANTI NAMA KETIGA
saya
aku
patik
hamba
kami
kita
beta

kamu
awak
engkau
anda
kalian
tuan hamba
ia
dia
mereka
nya
baginda
beliau
* pelaku(orang)
* pelaku (binatang)

tidak boleh
di......oleh

tidak boleh
di......oleh
mesti
di......oleh
atau
di.....(tanpa oleh)
boleh
ter....oleh
boleh
ter....oleh
boleh
ter....oleh
Contoh

salah
betul
1. Kek itu dimakan oleh saya.
Kek itu saya makan.
2. Bola itu ditendang oleh kamu.
Bola itu kamu tendang .
3. Rumah itu mereka bina.
Rumah itu dibina oleh mereka.
Rumah itu dibina mereka.
4. Batu itu tidak terangkat  saya.
Batu itu tidak terangkat oleh saya.







RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran 1

Mata Pelajaran        : Bahasa Melayu
Tarikh                     : 14 hb Febuari 2011
Masa                       : 8.40-9.40 pagi
Kelas                       : 4 Bestari
Bilangan Pelajar       : 25 orang
Tema                       :  Keluarga Berwawasan
Tajuk                       :  Pendidikan Untuk Masa Depan
Fokus Utama           :1.2 (ii) Aras 1
                                  -Mengemukakan soalan dengan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk                                                                                    
                                    mendapatkan maklumat                     
Fokus Sampingan    :3.2 (i) Aras 1
                                -mengembangkan idea tentang sesuatu pekara dengan memberikan sesuatu          .                                alasan yang sesuai.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
i.                    Menyebut soalan yang menggunakan kata tanya.
ii.                  Menyampaikan idea tentang sesuatu pekara dengan bahasa yang bertatasusila.
iii.                Membina lima soalan tanpa kata tanya dan lima soalan dengan kata tanya.
iv.                Menghormati dan berterima kasih kepada ibu bapa.


  Kemahiran Berbahasa: Membaca,mendengar,bertutur dan menulis
 Sistem Bahasa              : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

 Kosa Kata                     : insuran,peratus,ansuran
Pengisian Kurikulum     :i.ilmu
                                        -Ekonomi dan Matematik
                                       ii.nilai
                                        -bersyukur,hormat-menghormati,bekerjasama
                                     iii.kemahiran bernilai tambah
                                       -kemahiran berfikir,kecerdasan pelbagai
Pengetahuan sedia ada:Murid sedia tahu apa barang yang perlu disiapkan sebelum ke sekolah.
Bahan bantuan mengajar: Buku teks,lembaran kerja,kad imbasan.

Langkah/
Masa
Isi
Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran

Catatan
Guru
Murid
Set Induksi
(5minit)
Menamakan alatan yang perlu murid bawa untuk datang ke sekolah.contoh
buku,pemadam,pensel dan sebagainya.
-Guru bersoaljawab dengan murid tentang apakah keperluan-keperluan lain yang perlu mereka bawa selain yang disebut oleh guru tadi.

-guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran hari ini.
-murid akan menjawab soalan guru dan menyebut seperti duit saku,bekalan,pensel warna dan sebagainya
-penyoalan seluruh kelas.

-mencungkil idea
Langkah
       1
-Membaca petikan daripada buku teks yang bertajuk’Pendidikan Untuk Masa Depan’
-Guru meminta murid membaca petikan dalam buku teks.
- Guru memilih beberapa orang murid membaca petikan tersebut.
-Guru bersoal jawab dengan murid tentang cerita dalam petikan tersebut.


-Guru menerangkan tentang ayat tanya tanpa kata tanya.

-Guru mengarahkan murid mencari ayat tanya tanpa kata tanya dalam petikan yang baru di baca.

-Guru menyebut’bagus’
Sambil melekatkan kad yang mengandungi ayat tanya tanpa kata tanya dan arahkan murid menyebutnya sekali lagi.
-Murid membaca secara senyap.


-Mereka membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

-Murid memjawab soalan yang diajukan oleh guru.



-Murid mendengar dengan teliti.


-Murid mencari dan menyebut ayat tanya tanpa kata tanya.



-Murid membaca secara kelas
Buku teks








Penyoalan.








Mengcunkil idea




Kad manila
Langkah 2
(15 minit)
Aktiviti dalam kumpulan
-Guru membahgikan murid kepada beberapa kumpulan.

-Setiap kumpulan diarahkan membina lima soalan berdasarkan teks dengan mengguankan ayat tanya tanpa kata kata tanya
-Murid bergerak mengikut kumpulan


-Dalam kumpulan murid melakukan aktiviti membina soalan
Nilai murni:bersun
gguh-sungguh
Langkah3
(15minit)
Bentangkan hasil kerja
-Guru mengarahkan ketua kumpulan membentangkan hasil kerja.

-Memberi ulasan dan peneguhan pada setiap pembentangan

-ketua kumpulan membentangkan hasil kerja
-nilai murni:
bekerjasama

Langkah 4
(15 minit)
-Menyudahkan latihan
lembaran kerja
-Guru mengarahkan murid menyiapkan latihan dalam lembaran kerja.

-Menyiapkan latihan yakni menyiapkan latihan mengira keuntungan pada buku latihan berpandukan petikan
-Murid melengkapkan  boring pengurusan grafik pada lembaran kerja.

-Menyudahkan latihan yang diarahkan
Lembaran kerja


Nilai murni:
Bersungguh-sungguh
Penutup
(5minit)
Rumusan
-Guru menyoal sekali tentang persediaan murid sebelum hadir ke sekolah.
-Secara kelas menyoal kembali tentang ayat tanya tanpa kata tanya
-Murid menjawab soalan guru secara kelas





26 Mac 2012

Kata Ganti Nama


Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

Ganti Nama Diri

Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan 
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.

Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya 
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.

Ringkasan

Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka

Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?

Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian

contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.

Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.    Ini komputer.
ii.   Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.

Kata Ganti tak tentu
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
Sumber Rujukan : http://tatabahasabm.tripod.com/tata/gantinama.htm